::Aina Atikah::
D'Owner!

Welcome To My Blog



Entries About Linkies Stuff

Annyeonghaseyo. Welcome to my wonderland. Enjoy your reading guys.


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Meyra Kat
Others:   


☁ NEGERI SARAWAK ☁

Assalamualaikum , saya Nurul Aina Atikah bt Roslan dan Nur Nabila Hanim bt Halim with Alya Najibah bt Md Hassim telah siapkan 'task' Cikgu Azel iaitu menghasilkan blog ini dan diberi tajuk tempat-tempat di negari Sarawak. 


Negeri Terebesar di Malaysia
  
                Sarawak ialah negeri yg terbesar antara 13 buah negeri di Malaysia. Batang Rajang yg tdpt di Sarawak ialah sg terpanjang di Malaysia di samping Mulu yg terkenal sbg sistem gua yg plng luas di dunia. Hutan hujan tropika yg tertua & yg kedua terbesar selepas Amazon menjdkn Sarawak sbg pusat biokepelbagaian. Negeri Sarawak terbahagi kpd 11 bahagian pentadbiran yakni Kuching,Kota Samarahan,Sri Aman,Betong,Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Mukah, Miri dan Limbang. Kuching ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri.


Tempat Menarik di Sarawak Tempat Menarik di Sarawak

Gunung Mulu ialah taman negara terbesar Sarawak (544 persegi km), dan juga World Heritage Area pertama Malaysia, satu taraf ia telah dianugerahkan dalam 2000. Ia paling terkenal untuk sistem-sistem gua batu kapurnya, termasuk kamar semula jadi terbesar dunia (Sarawak Chamber), laluan gua terbesar dunia (Deer Cave)
Lokasi: Miri

  Gunung Gading National Park


Gunung Gading Tempat Menarik di Sarawak

Gunung Gading merupakan rumah kepada bunga terbesar di dunia, Rafflesia, yang boleh membesar sehingga 1 meter diameternya. Ketika mekar, bunga ini akan mengeluarkan bau busuk untuk menarik perhatian lalat dan serangga kecil. Ianya tidak bermusim dan mengambil masa selama 9 bulan untuk mekar dan hidup selama 4 hingga 5 hari.
 Lokasi: Kuching

 Similajau National Park


Similaju Tempat Menarik di Sarawak

Taman Negara Similajau mengetengahkan kehebatan geografi bentuk muka bumi persisiran pantai Sarawak di utara Bintulu – rangkaian pantai yang berpasir keemasan, dilengkapi kawasan batu dan aliran jeram dari hutan, dan ketebalan hutan hujan menjadi sempadannya. Taman seluas 8,996 hektar ini paling sesuai dilawati pada musim kemarau (dari Febuari hingga Oktober)
 Lokasi: Bintulu

Limpaki Wetland

Sarawak Limbang Limpaki Wetland1 Tempat Menarik di Sarawak

Tanah lembap Limpaki ialah tanah lembap muara di mana sungai Limpaki berjumpa laut dan menyebabkan satu paya bakau. Tanah lembap Limpaki ialah satu hutan bakau menduduki dengan mamalia (monyet probosis), ular(ular kucing), reptilia (buaya), amfibia, burung-burung (burung hantu), dan serangga-serangga (kelip-kelip). Sungainya juga bekerjasama dengan ikan, udang, ketam dan kepah. .
Lokasi: Limbang

Sungai Rajang sungai terpanjang di Malaysia

Sungai Rajang (563 km) adalah sungai yang terpanjang di Malaysia dan dapat dimudiki hingga ke bandar Kapit . 

Pakaian kaum Iban yang lengkap


Kampung Budaya

Kampung budaya digelar 'Muzium Kehidupan' ditubuhkan bagi memelihara & mempamerkan warisan kebudayaan & kesenian negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching merupakan tmpt yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan.

Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelawat. Penduduk kampung ini menerangkan cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pelawat. Pelawat boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Boleh juga melangsungkan perkahwinan di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.


Rumah panjang yang mempunyai deretan bilik-bilik yang bersebelahan yang disambungkan dengan sebuah ruang serambi yang panjang yang digunakan aktiviti-aktiviti seperti mengukir kayu dan menganyam bakul. Pelawat sering dijemput menghadiri majlis pada waktu malam dan dihidangkan minuman tuak yang dibuat sendiri oleh penduduk kaum Iban dengan menggunakan beras. Rumah tumpangan yang selesa juga ada disediakan untuk pelawat.

Kek Lapis dan Makanan di Sarawak

Kek lapis Sarawak....yum...yum

 Mee Kolok Sarawak. Rasa macam maggi goreng 


 Nasi Goreng Udang Penyet.

Tarian Tradisional bumiputera Sarawak
Tarian Ngajat

Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan Orang Ulu di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian yang melatih orang-orang Iban berperang. Penari-penari akan memakai kain merah yang yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis baju yang dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

Tarian Koncong

Tarian Koncong terdapat di Sarawak, ditarikan dengan tujuan mengubat si sakit dan kedua untuk menghibur si malang. Tarian ini ditarikan oleh tiga orang penari wanita dengan iringan nyanyian seorang atau dua orang lelaki. Mereka menari dalam bulatan dan di sebelah tangan kanannya memegang sapu tangan dalam gerakan seolah-olah menyerupai burung terbang.

 
Tarian Datun Julud
 Tarian dari Sarawak ini boleh ditarikan secara berseorangan atau berkumpulan. Ia merupakan tari bersama suku kaum Dayak Kenyah yang tinggal di Bulungan, Kutai, Berau dan Pasir iaitu kawasan persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan Timur. Alat muzik utama yang mengiringi tarian ini ialah Sape. Dalam tarian ini bulu-bulu burung dilekatkan di celah jari kedua-dua belah tangan penari sebagai perhiasan. Gerakan langkah yang menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan di ulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan.


ALAT MUZIK SARAWAK

TAWAK

Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah bahagian permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak, dong, peng'.

SAPE


Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam. 

ENGKROMONG


Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periok. Berbusut di tengah permukaannya. Lapan buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang panjang. Semua alat-alat muzik ini dimainkan oleh kaum lelaki. Walaubagaimanapun ada sebahagian kecil alat-alat muzik ini dimainkan serta dipratikkan oleh kaum wanita khususnya warga tua masyarakat Iban. Selain daripada dimainkan untuk hari perayaan mereka, iaitu “Hari Gawai” ia juga dipamerkan kepada orang ramai terutama para pelancong yang ingin mengetahui kebudayaan seni muzik masyarakat Iban khususnya dinegara ini.