kawan-kawan yang aku sayang
aku rindu , aku rndu everything . aku rasa macam ade something yg hilang :') but aku tak thu apa yg hilang . aku tak kesah dorng nk buat apa . aslkan dorng bahagia. bia dorng luahkn apa yg dorng pndam pada aku selma ni.. bia je hati aku skit, baru aku thu mcm mne skitnya hati korng . bnda ulang2 je . aku dah kaji . tak boleh cite kt sini privacy aku cite kt diary aku je :') . haha aku tak thu lgii nk ckp ape . tuh je mampu . aku rndu dorng

aku nak mcm ni . gmbr ni je fav aku . sbb lengkap kita semua. nmpk KAMI . itu nme group but group ni mcm dah tak wujud lagi :') . nk buat mcm mne tak de rezeki . lepas ni aku nk kwn dgn semua org , aku sdr selama aku buat dorng dorng skit hati. bile aku susah aku cari kwn lama aku , bila aku senang aku lupa kwn lama aku . aku dh mntk maaf kn dorng . Alhamdulillah , ada beberapa yg dpt memaafkn dgn hati yg ikhlas . insyallah . aku jeles tgk group kwn aku ni , geng dorng sporting , gaduh pon kejap je , tak ambk serius . buat lawak . aku suke mcm tu . tpi KAMI mngkin tak dpt nk meniru sbb lain org lain cara nya , tak semua sama citarasa buka?
ape2 pon if korng bce ape yg aku update , aku hrp korng trima . aku nak mntk maaf dri hujung rmbut hingga hujung kaki . tah berapa bnyk kali aku mntk maaf . arh! tak kesah. janji aku mntk maaf ., sbb tak elok gaduh lame2. walaupun kepercayaan korng tk de kt aku takpe . aslkn kita berbaik. walaupun tak jadi mcm dulu :'( . aku tak nk tuduh sape punya salah . sbb semua salah. tak de terkecuali .
"kita boleh selesai kan masalh dgn cara yg baik, ckp elok2 , tak perlu berdendam , tak puas dgn someone tegur dia elok2 mybe dia dpt trima, skurng-kurngnya kita jujur walau itu skitkn hati org "
sekian , mohon maaf jika anda semua terasa atau ade yg kurang mnyenangkn . aku just sbe nk smpai kan bnda aku tak thu nk luahkn kt mne :')
selamat hari raya
selamat hari raya . raya pertama ngn raya kedua .raya pertama g beraya kat GELANG MAS, RANTAU PANJANG. raya ke dua g beraya di SEMPADAN THAILAND . umah oyang aku . seram naik sampan. alhamdulillah oyang aku sehat lgi :') raya tahun ni tema warne merah . tpi aku mix and macth kn wrne merah pink . haha comel tak ?budak kecik dalam gmbr ni pon comel2 kn ?
☁ NEGERI SARAWAK ☁
Assalamualaikum , saya Nurul Aina Atikah bt Roslan dan Nur Nabila Hanim bt Halim with Alya Najibah bt Md Hassim telah siapkan 'task' Cikgu Azel iaitu menghasilkan blog ini dan diberi tajuk tempat-tempat di negari Sarawak.
Negeri Terebesar di Malaysia
Sarawak ialah negeri yg terbesar antara 13 buah negeri di Malaysia. Batang Rajang yg tdpt di Sarawak ialah sg terpanjang di Malaysia di samping Mulu yg terkenal sbg sistem gua yg plng luas di dunia. Hutan hujan tropika yg tertua & yg kedua terbesar selepas Amazon menjdkn Sarawak sbg pusat biokepelbagaian. Negeri Sarawak terbahagi kpd 11 bahagian pentadbiran yakni Kuching,Kota Samarahan,Sri Aman,Betong,Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Mukah, Miri dan Limbang. Kuching ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri.
Gunung Mulu ialah taman negara terbesar
Sarawak (544 persegi km), dan juga World Heritage Area pertama Malaysia,
satu taraf ia telah dianugerahkan dalam 2000. Ia paling terkenal untuk
sistem-sistem gua batu kapurnya, termasuk kamar semula jadi terbesar
dunia (Sarawak Chamber), laluan gua terbesar dunia (Deer Cave)
Lokasi: Miri
Gunung Gading National Park
Gunung Gading merupakan rumah kepada bunga
terbesar di dunia, Rafflesia, yang boleh membesar sehingga 1 meter
diameternya. Ketika mekar, bunga ini akan mengeluarkan bau busuk untuk
menarik perhatian lalat dan serangga kecil. Ianya tidak bermusim dan
mengambil masa selama 9 bulan untuk mekar dan hidup selama 4 hingga 5
hari.
Lokasi: Kuching
Similajau National Park
Taman Negara Similajau mengetengahkan
kehebatan geografi bentuk muka bumi persisiran pantai Sarawak di utara
Bintulu – rangkaian pantai yang berpasir keemasan, dilengkapi kawasan
batu dan aliran jeram dari hutan, dan ketebalan hutan hujan menjadi
sempadannya. Taman seluas 8,996 hektar ini paling sesuai dilawati pada
musim kemarau (dari Febuari hingga Oktober)
Lokasi: Bintulu
Limpaki Wetland
Tanah lembap Limpaki ialah tanah lembap muara di mana sungai Limpaki berjumpa laut dan menyebabkan satu paya bakau. Tanah lembap Limpaki ialah satu hutan bakau menduduki dengan mamalia (monyet probosis), ular(ular kucing), reptilia (buaya), amfibia, burung-burung (burung hantu), dan serangga-serangga (kelip-kelip). Sungainya juga bekerjasama dengan ikan, udang, ketam dan kepah. .
Lokasi: Limbang
Sungai Rajang sungai terpanjang di Malaysia
Sungai Rajang (563 km) adalah sungai yang terpanjang di Malaysia dan dapat dimudiki hingga ke bandar Kapit .
Pakaian kaum Iban yang lengkap

Kampung Budaya
Kampung budaya digelar 'Muzium Kehidupan' ditubuhkan bagi memelihara & mempamerkan warisan kebudayaan & kesenian negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching merupakan tmpt yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan.
Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelawat. Penduduk kampung ini menerangkan cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pelawat. Pelawat boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Boleh juga melangsungkan perkahwinan di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.
Rumah panjang yang mempunyai deretan bilik-bilik yang bersebelahan yang disambungkan dengan sebuah ruang serambi yang panjang yang digunakan aktiviti-aktiviti seperti mengukir kayu dan menganyam bakul. Pelawat sering dijemput menghadiri majlis pada waktu malam dan dihidangkan minuman tuak yang dibuat sendiri oleh penduduk kaum Iban dengan menggunakan beras. Rumah tumpangan yang selesa juga ada disediakan untuk pelawat.
Kek Lapis dan Makanan di Sarawak
Kek lapis Sarawak....yum...yum
Mee Kolok Sarawak. Rasa macam maggi goreng

Nasi Goreng Udang Penyet.
Tarian Tradisional bumiputera Sarawak
Tarian Ngajat
Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan
Orang Ulu di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian yang melatih
orang-orang Iban berperang. Penari-penari akan memakai kain merah yang yang
diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut. Penari juga memakai topi
yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis baju yang
dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Tarian Koncong
Tarian Koncong terdapat di Sarawak, ditarikan
dengan tujuan mengubat si sakit dan kedua untuk menghibur si malang. Tarian ini
ditarikan oleh tiga orang penari wanita dengan iringan nyanyian seorang atau
dua orang lelaki. Mereka menari dalam bulatan dan di sebelah tangan kanannya
memegang sapu tangan dalam gerakan seolah-olah menyerupai burung terbang.
Tarian Datun Julud
Tarian
dari Sarawak ini boleh ditarikan secara berseorangan atau berkumpulan. Ia
merupakan tari bersama suku kaum Dayak Kenyah yang tinggal di Bulungan, Kutai,
Berau dan Pasir iaitu kawasan persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan
Timur. Alat muzik utama yang mengiringi tarian ini ialah Sape. Dalam tarian ini
bulu-bulu burung dilekatkan di celah jari kedua-dua belah tangan penari sebagai
perhiasan. Gerakan langkah yang menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan di
ulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan.
ALAT MUZIK SARAWAK
TAWAK
Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah bahagian permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak, dong, peng'.
Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam.
ENGKROMONG
Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periok. Berbusut di tengah permukaannya. Lapan buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang panjang. Semua alat-alat muzik ini dimainkan oleh kaum lelaki. Walaubagaimanapun ada sebahagian kecil alat-alat muzik ini dimainkan serta dipratikkan oleh kaum wanita khususnya warga tua masyarakat Iban. Selain daripada dimainkan untuk hari perayaan mereka, iaitu “Hari Gawai” ia juga dipamerkan kepada orang ramai terutama para pelancong yang ingin mengetahui kebudayaan seni muzik masyarakat Iban khususnya dinegara ini.